2 WN Malaysia yang Terlibat ISIS Ditahan Taliban

BATAMCLICK.COM-KABUL: Taliban di ibu negara Afghanistan, Kabul, dipercayai menahan enam anggota ISIS, termasuk dua rakyat Malaysia. Demikian menurut laporan akhbar Britain, The Times.

Media itu melaporkan, Taliban menangkap enam orang, yang diduga adalah anggota kumpulan ISIS-K dalam satu insiden berbalas tembakan di bahagian barat Kabul pada Khamis malam (26/8/2021) lalu.

“Empat adalah warga Afghanistan tetapi lagi dua nampaknya seperti rakyat Malaysia,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Taliban Saifullah Mohammed, 28 tahun.

Laporan itu bagaimanapun tidak pula mendedahkan identiti kedua-dua individu yang dikatakan adalah rakyat Malaysia.

Khilafah Islam Khorasan (ISIS-K), yaitu sekutu tegar ISIS, adalah cabang ISIS yang beroperasi di bahagian selatan dan tengah Asia.

“Mereka tidak sekuat seperti yang mereka jangkakan. Kami sudah menumpaskan angkatan tentera daripada 36 negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), jadi kami tahu kami mampu menangkap termasuk membunuh Daesh (ISIS) di mana sahaja mereka berada,” kata beliau, seperti yang dilaporkan di The Sunday Times.

Laporan itu menyebut kesemua ahli kumpulan terbabit menyerah diri dalam kejadian berbalas tembakan beberapa jam selepas serangan nekad dilancarkan di lapangan terbang Kabul yang dipercayai didalangi oleh ISIS-K.

Kumpulan pengganas ISIS di Afghanistan atau ISIS-K mengaku bertanggungjawab ke atas serangan nekad di lapangan terbang Kabul pada Khamis.

Semalam (28 Ogos), Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan dron terhadap kumpulan pengganas ISIS di Afghanistan.

Ini sedang operasi pemindahan memasuki peringkat terakhir yang semakin genting di tengah-tengah amaran baru mengenai serangan pengganas, dengan ISIS-K yang mempunyai rekod serangan kejam, jelas merancang untuk mengambil kesempatan daripada keadaan huru-hara di Kabul.

Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/2-rakyat-m-sia-dipercayai-anggota-isis-k-terlibat-dalam-serangan/4650002.html