Undangan Istimewa untuk Pelajar Kepri
EDUFEST 2025 bukan hanya menjadi festival pendidikan terbesar di Johor. Tetapi juga membuka pintu lebar bagi pelajar dari Kepulauan Riau untuk ikut serta. Panitia memberikan undangan istimewa kepada pelajar Batam, Bintan, Tanjungpinang, Tanjungbalai Karimun, dan sekitarnya untuk merasakan pengalaman berharga di festival pendidikan antarabangsa ini.
Tidak hanya itu, panitia juga menyiapkan bus antar jemput dari pelabuhan menuju lokasi acara, lengkap dengan makan siang gratis. Semua ini dipersembahkan agar pelajar Indonesia, khususnya dari Kepri, dapat merasakan suasana belajar lintas budaya sekaligus memperluas wawasan.
Festival Pendidikan Bertaraf Dunia
Lebih dari 10.000 pelajar tempatan dan antarabangsa dijangka akan memeriahkan Iskandar Puteri International Edufest 2025 (EDUFEST 2025), yang berlangsung pada 12 hingga 15 September mendatang di kompleks Sunway Big Box Retail Park, Johor.
Festival empat hari ini menghadirkan 26 aktiviti fizikal untuk 5.000 pelajar sekolah rendah dan menengah, sementara 5.000 pelajar lainnya dapat bergabung secara online.
Deretan cabaran menarik menanti, mulai dari Aviation Challenge, Digital & Gaming Challenge, iPad Challenge, E-Sport Challenge, Orienteering Challenge, hingga peraduan mewarna. Selain itu, tersedia dua cabaran maya, yakni World Peace Challenge dan Environment Challenge, yang memberi ruang kepada pelajar untuk berpikir global.
Peluang Jadi Duta SDG ASEAN
Salah satu acara utama yang paling dinantikan adalah Cabaran Budaya ASEAN, di mana peserta berpeluang bersaing untuk terpilih sebagai Duta SDG. Melalui program ini, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, kreativiti, dan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pendaftaran dibuka secara percuma, menjadikan festival ini kesempatan emas bagi setiap pelajar yang ingin berpartisipasi.
Menambah Nilai Merit Pendidikan
EDUFEST 2025 juga berperanan penting sebagai platform untuk membantu pelajar memperoleh markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang diiktiraf secara nasional maupun antarabangsa. Sijil dari kegiatan ini bernilai tinggi karena menyumbang 10 persen dalam merit kemasukan ke universiti awam atau institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Dengan tema “Pendidikan Melangkaui Sempadan, Memupuk Kewarganegaraan Global Dalam Era Digital”, festival ini menyiapkan generasi masa depan agar berketerampilan, berdaya saing, dan siap menghadapi dunia yang semakin terhubung.
Sokongan Penuh dan Rakan Strategik
Festival ini mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Johor melalui Johor Talent Development Council, Institut Dato’ Onn, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, serta universiti-universiti di Johor.
Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Hotel tampil sebagai penaja lokasi rasmi, sementara sederet rakan strategik turut bergabung, antara lain Iskandar Investment, Educity Iskandar, Maxis Broadband, Tencent, Apple Learning Coach, VirtualTech Frontier, AMEC, SDG Education, dan Eco Ninja.
Menyatukan Pelajar dan Pendidik
EDUFEST 2025 tidak hanya dirancang untuk pelajar, tetapi juga melibatkan ibu bapa, pendidik, inovator pendidikan, organisasi sokongan, hingga sektor korporat. Semua pihak diberi ruang untuk berkongsi pengalaman, membina jaringan profesional, dan menciptakan kolaborasi berkesan demi masa depan pendidikan yang berkelanjutan.
Selain itu, festival ini juga memberi kesempatan pelajar serta pengunjung untuk menikmati pelbagai tarikan moden Iskandar Puteri yang kini dikenal sebagai destinasi kelas dunia, mulai dari taman tema, ekotourisme, hingga pusat hiburan dan belanja.
Menuju Tahun Melawat Malaysia 2026
EDUFEST 2025 turut menjadi pemanasan untuk EDUFEST 2026 yang dijangka lebih besar, sekaligus mendukung program Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026.
Bagi pelajar Kepri, inilah momen emas untuk merasakan pengalaman antarabangsa, memperluas jejaring, dan membawa pulang ilmu serta inspirasi baru ke tanah air.









